Polis Rakam Kenyataan Pemimpin DAP Perak

Kuala Lumpur – Polis Bukit Aman akan merakam kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berikutan tweetnya mengenai hukuman Mahkamah Persekutuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

Nga tiba di Bukit Aman di sini pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama satu konvoi kenderaan.

 

Beliau diiringi oleh peguamnya dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nga yang juga Pengerusi DAP Perak akan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan tweetnya pada 10 Februari yang didakwa menggesa rakyat supaya bangun menentang “rejim menindas”.

 

Dalam tweet di @KBAB51, Khalid berkata tweet Nga sengaja mengundang tindakan daripada polis.

 

“Orang di bawah sengaja mengundang tindakan polis. Kita akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan”, kata Khalid, sambil melampirkan rakaman skrin tweet Nga.

 

Naib Presiden PKR Rafizi Rami dijangka tiba di Bukit Aman pada 1 petang untuk merakam kenyataannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.