Penahanan Bawa ‘YNWA’ Ke Peringkat Baru – Nik Nazmi

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dibebaskan pada jam 2 pagi tadi selepas kenyataannya dirakamkan oleh polis.

 

Pembebasannya disambut gembira oleh sekumpulan penyokong ketua Pemuda PKR (AMK) itu di balai polis Jinjang, di ibu negara.

 

“Sungguh ikonik dibebaskan semasa perlawanan Liverpool.

 

“Bawa (slogan) #YNWA (You Never Walk Alone) ke satu peringkat lagi,” tulisnya di Twitter.

 

Beliau malam tadi ditahan polis di rumahnya di Shah Alam.

 

Beliau terlepas daripada ditahan pada Sabtu selepas pergelutan dengan polis dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin PKR Fariz Musa ditahan ketika itu.

 

Nik Nazmi menjadi pihak kelima ditahan selepas Anwar dimasukkan ke penjara pada 10 April.

 

Mereka dikaitkan dengan tindakan mengkritik badan kehakiman dan menganjurkan perhimpunan pro-Anwar.

 

Sementara itu, I melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad sebagai berkata Nik Nazmi ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram di hadapan sebuah pusat membeli belah, kelmarin. – MKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.