Mahasiswa Di Madinah Sambut Baik Indeks Syariah

SHAH ALAM – Mahasiswa Malaysia di Universiti Madinah menyambut baik inisiatif kerajaan membangunkan Indeks Syariah bagi negara Malaysia.

 

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan ketika sesi soal jawab majlis dialog bersama anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Madinah yang diadakan di Madinah baru-baru ini.

 

“Pelajar Malaysia di Madinah berpandangan, inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertepatan ketika dunia melihat Malaysia sebagai negara Islam contoh.

 

“Kesediaan Najib membangunkan indeks bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian Malaysia dalam perlaksanaan syariah dalam segenap aspek kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara juga dilihat sebagai satu tindakan berani.

 

“Ini kerana jarang pemimpin-pemimpin negara Islam yang bersedia untuk dinilai yang sudah tentu akan menzahirkan kelemahan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 

Menurutnya, rakyat di negara Arab Saudi juga amat menghormati Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana dan tertanya-tanya formula kerajaan membangunkan negara seiring dengan tuntutan syariat.

 

“Keikhlasan Malaysia mahu mekanisme seperti n indeks syariah untuk mengukur tahap pembangunan Islam menunjukkan keseriusan negara merealisasikan agenda Islam sebenar.

 

“Pelajar-pelajar Malaysia di Madinah juga melahirkan kesungguhan untuk bersama-sama kerajaan memastikan ia dilaksanakan dengan lebih berkesan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.