Liverpool Benam Southampton

Southamppton – Jaringan Philippe Coutinho dan Raheem Sterling menghasilkan kemenangan 2-0 kepada Liverpool mengatasi Southampton di Stadium St Mary, awal pagi tadi.

 

Keputusan ini membolehkan The Reds lonjak ke tangga keenam dengan hanya dua mata di belakang Manchester United yang mengisi tempat keempat walaupun tewas kepada Swansea 2-1, Sabtu.

 

Kekalahan untuk Southampton menyentap peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara, musim depan dan kini hanya satu mata atas Liverpool.

 

“Ini satu kemenangan besar untuk kami,” kata pengurus pasukan, Brendan Rodgers.

 

“Ini menunjukkan tahap permainan yang tinggi oleh pemain selepas hadir bertarung dalam perlawanan sukar di Eropah (menentang Besiktas dalam Liga Europa, Khamis). Mereka juga tidak membiarkan gawang dibocori dan menjaringkan dua gol.”

 

Coutinho meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ketiga dengan satu rembatan cantik sebelum Sterling membuat tindakan susulan menolak masuk pada minit ke-73.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.