Jururawat Bunuh 30 Pesakit Kerana Bosan

Jerman – Gara-gara bosan ketika berada di dalam hospital, seorang jururawat bertindak membunuh 30 pesakit secara rawak di Jerman.

 

Tidak cukup dengan itu ketika dihadapkan ke mahkamah, jururawat lelaki itu, Niels H tanpa rasa bersalah hanya memohon maaf kepada keluarga mangsa.

 

Lelaki berusia 38 tahun itu juga mengharapkan keluarga mangsa akan memaafkannya berikutan kejadian tersebut.

 

Suspek sebelum ini mengakui membunuh pesakit di hospital tersebut dengan menyuntik sejenis ubat yang mampu melemahkan jantung.

 

Dia kemudian akan berlakon menyelamatkan pesakit itu sebelum teruja untuk memberitahu bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.