GST Selamatkan Malaysia Daripada Kejatuhan Ringgit

Kuala Lumpur – Keputusan Putrajaya melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini dianggap sebagai langkah tepat untuk menangani ekonomi merosot akibat daripada kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

 

Beliau berkata, dengan bilangan syarikat yang berdaftar kini dilaporkan meningkat daripada 140,000 kepada 317,000, Putrajaya akan mempunyai tambahan pendapatan sebanyak RM1 bilion.

 

“Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM13 bilion, kutipan GST RM23 bilion, namun daripada 140,000 syarikat apabila ia meningkat kepada 317,000 maka pendapatan kerajaan bertambah lagi, kutipan RM1 bilion,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan cukai GST bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di bangunan Siti Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.

 

Katanya, dengan tambahan pendapatan RM1 bilion susulan peningkatan bilangan syarikat yang berdaftar, kerajaan kini dijangka meraih kutipan sebanyak RM24 bilion.

 

Beliau turut berkata peruntukan sehingga RM10,000 akan diberi kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kerajaan mendidik rakyat mengenai GST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.