Video: Rakaman ADUN DAP, Eddie Ng Sedang Bermain Judi

Kuala Lumpur – Rakaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Selangor, Eddie Ng sedang bermain kini sedang tersebar di laman media sosial.

 

Di dalam rakaman berdurasi 0:55 saat itu, memaparkan seorang lelaki berketurunan Cina itu terlibat dalam aktiviti perjudian bersama sekumpulan lelaki yang dikatakan berlaku ketika sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

 

 

Rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit itu, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.

 

Kad permainan judi berserta sejumlah wang tunai turut jelas kelihatan di atas meja berkenaan.

 

Eddie ketika dihubungi sebelum ini, enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya dia terlibat dengan aktiviti perjudian.

 

Beliau ketika dihubungi sebuah akhbar berbahasa Cina, Ng mengakui telah melihat gambar-gambar yang tersebar di internet, tetapi enggan memberikan sebarang komen.

 

Berikutan itu, orang ramai mengesa agar Jawatankuasa disiplin DAP mengambil tindakan susulan terhadap Ng ekoran kelakuannya yang didakwa bercanggah dengan peraturan parti.

 

DAP sebelum ini yang cuba memperlihatkan imej ‘bersih’ dengan melarang ahlinya terlibat dengan perjudian.

 

Turut dilaporkan, Pengurusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai sebagai berkata aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.

 

Beliau juga dilaporkan enggan mengulas lanjut, termasuk mengesahkan sama ada parti itu turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian kerana belum melihat sendiri gambar berkenaan di laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.