Azmil Protege Dayang Benam Dua Finalis Mentor Legend

KUALA LUMPUR: Protege Dayang Nurfaizah, Azmil membenamkan harapan dua lagi finalis pertandingan Mentor Legend, Aina dan Sarah apabila diumumkan sebagai pemenang malam tadi.

 

Selepas hampir tiga bulan bersaing, Azmil dan Dayang membawa pulang hadiah RM300,000, dua kereta Proton Iriz, RM10,000 baucar Zalora Malaysia, set tv dan trofi.

 

Aina protege Ella memenangi tempat kedua menerima RM200,000 dan trofi manakala Sarah protege Amy Search membawa wang tunai RM100,000 serta trofi.

 

Mentor Legend disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dipancarkan langsung di TV3. Awal Ashaari bertindak sebagai pengacara. juri profesional pula ialah Azmeer, Adlin Aman Ramlie dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.