Amir Raja Lawak Berniaga Roti Bakar

Pelawak Amir Raja Lawak yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac ini mahu memberi perhatian terhadap bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.

 

Memetik kenyataan di mStar online, pelawak berusia 27 tahun ini berkata dia sedar yang tanggungjawabnya selepas berumah tangga tanggungjawab menjadi lebih besar dan perlu cari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.

 

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

 

Amir dan tunangnya Nur Intan Syafinaz akan bernikah dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana bertempat kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

 

Pada majlis itu dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu akan hadir terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media.

 

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari manakala pernikahannya akan berlangsung pada 14 Mac selepas Asar di lokasi yang sama.

 

Bekas peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) itu berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan dan hanya tinggal beberapa perkara temasuk persiapan dulang hantaran.

 

Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

 

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Jun 2014.

 

Sementara itu, majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan.

 
sumber : mStar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.