4 Anggota Kongsi Gelap Geng 24 Terbabit Culik Dan Bunuh Diburu Polis

BUKIT MERTAJAM 23 Feb. – Empat anggota kongsi gelap Geng 24 diburu polis bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di sini bulan lalu.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan masih bersembunyi dalam negara.

 

“Dua berasal dari Bayan Lepas dikenali sebagai Ong Teik Beng,26, dan Tay King Ngee,34, manakala Lim Sin Tian,20, dan Ewe Wai Beng,19, dari Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!