KDN Jumpa PQM Bincang Isu Hologram al-Quran

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia berbincang dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung isu pelekat hologram pada setiap naskhah kitab itu yang akan dikuatkuasakan 1 Mac ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertemuan dengan PQM itu dijangka diadakan dalam waktu terdekat bagi memperjelaskan rasional penggunaan pelekat hologram selain memperhalusi segala rungutan mereka.

“KDN akan perhalusi rungutan mereka kerana naskhah al-Quran perlu disebar secara meluas dengan kos yang munasabah. Jika kos membebankan, ini bererti kita tak dapat sebar syariat Islam dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.