Video: Salji Tebal, Pengangkutan Lumpuh Di Jepun

TOKYO – Salji tebal dan kedinginan melampau di ibu negara Jepun menyebabkan puluhan penduduk cedera, penerbangan dibatalkan dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api semalam.

Ia susulan amaran agensi cuaca negara itu mengenai salji pertama yang turun di bandar raya berkenaan dalam masa empat tahun.

Penduduk Tokyo bergelut pulang dengan mengharungi salji ketika cuaca paling buruk setakat ini, melanda bandar raya itu pada waktu puncak.

“Sekurang-kurangnya 67 cedera dalam kemalangan berkaitan salji di Tokyo dan ia dijangka meningkat kerana panggilan kepada ambulans berterusan,” kata jurucakap jabatan bomba.

Lebih 330 penerbangan domestik dari dan ke lapangan terbang di Tokyo dibatalkan susulan cuaca buruk, manakala perkhidmatan kereta api juga digantung, lapor berita tempatan, petik BH

Wilayah di utara Jepun kerap menerima salji tebal tetapi jarang berlaku di Tokyo.

Agensi cuaca cuma mengeluarkan amaran salji tebal apabila bimbang ia mungkin menyebabkan kerosakan harta benda atau mengganggu lalu lintas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.