Video: Mayon Ledak Hujan Debu

MANILA – Gumpalan awan berbentuk cendawan gergasi terbentuk daripada letusan gunung berapi paling aktif di Fi­lipina, sehingga menggelapkan langit dan menurunkan hujan debu kepada masyarakat selepas puluhan ribu penduduk melarikan diri ekoran amaran letusan pada bila-bila masa.

Aktiviti baharu Gunung Berapi Mayon itu menyaksikan pakar gunung berapi Filipina meningkatkan satu lagi tahap amaran lebih tinggi berbanding yang dikeluarkan minggu lalu bermakna letupan berbahaya boleh berlaku dalam beberapa hari lagi.

Menurut AFP, Debu dan pasir yang jatuh di bandar Legazpi, sebuah bandar dihuni kira-kira 200,000 penduduk dan kawasan berhampiran selepas letupan pada waktu tengah hari Mayon memaksa pengguna jalan raya menghidupkan wiper dan lampu kenderaan.

Rakaman video dan gambar daripada televisyen tempatan menunjukkan abu melonjak beberapa kilometer di atas gunung berapi melindungi matahari di sebahagian besar kawasan pertanian kira-kira 330 kilometer tenggara Manila.

“Saya terpaksa berhenti selepas topi keledar saya dipenuhi debu,” kata seorang suri rumah,” Girlie Panesa, 39, dari bandar LIgao.

Panesa yang terpaksa me­minta air daripada orang ramai untuk membersihkan topi keledarnya berkata, dia perlu segera pulang dalam keadaan berbahaya itu kerana anak perem­puannya bersendirian di rumah.

Pengarah Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum berkata, mereka menjangkakan letusan itu akan berlarutan.

“Terdapat kemungkinan satu letupan yang berbahaya dengan permulaannya sudah disaksikan banyak orang,” kata Solidum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.