Video: Jakarta Dilanda Gempa Bumi

JAKARTA – Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud menggegarkan bandar raya ini sebentar tadi.

Menurut AFP lapor BH, Pusat gempa dikesan sedalam 10 kilometer, 81 kilometer barat daya wilayah Banten di Pulau Jawa, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Metro TV pula melaporkan, kejadian gempa mencetuskan panik dengan kakitangan pejabat bergegas keluar dari bangunan di Jakarta.

“Kami dapat rasa gegaran berlanjutan antara tiga hingga lima minit,” kata Rudy Togatorop, 35, kakitangan di Kedutaan Chile.

“Ketika itu saya sedang duduk apabila bangunan terasa bergoyang. Tangga kecemasan pula amat sempit dan saya bimbang sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.