Video: Gunung Berapi Jepun Meletus, Runtuhan Salji

TOKYO – Gunung berapi meletus berhampiran sebuah pusat peranginan luncur salji terkemuka di Jepun yang mengakibatkan runtuhan salji, hari ini.

Menurut AFP, empat dilaporkan cedera manakala seorang lagi dipercayai hilang.

Agensi Meteorologi Jepun menggesa penduduk berhampiran menjauhi Gunung Kusatsu Shirane selepas mengesan ‘aktiviti’ gunung berapi.

Menurut jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga, empat pelancong di dalam sebuah kereta kabel di pusat peranginan luncur salji di Gunma, barat laut Tokyo, cedera akibat cermin pecah.

Pegawai jabatan bomba tempatan, Yuji Shinohara memaklumkan empat mangsa cedera dan pihaknya sedang cuba membantu mereka.

“Runtuhan salji ini disebabkan letusan gunung berapi. Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang,” kata Shinohara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.