Tinjauan Dapati Hanya Satu Daripada Empat Rakyat British Percaya Berita Di Media Sosial

Tulisan asal oleh:
The Guardian, 22 Januari 2018

Ia telah dipenuhi dengan segalanya dari berita bersifat demokrasi sehinggalah untuk membantu menggulingkan diktator tetapi nampaknya penerimaannya menerusi media sosial mungkin berakhir.

Satu tinjauan mendapati hanya 24% penduduk UK mempercayai media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram ketika mencari berita dan maklumat.

Barometer kepercayaan Edelman, yang diterbitkan pada hari Isnin, mencadangkan hari-hari di mana media sosial dijulang sebagai platform rakyat menjadi wartawan dan peranannya dalam Arab Spring telah berlalu.

Sebaliknya, ia telah dipenuhi oleh berita palsu dan ia telah menimbulkan kebimbangan mengenai kes buli menerusi alam maya, penyebaran propaganda ekstremis dan bagaimana Snapchat, WhatsApp dan aplikasi lain memberi kesan kepada kanak-kanak.

Pada masa yang sama, kaji selidik mendapati terdapat kenaikan 13 mata dalam sokongan untuk media tradisional, kepada 61% – tahap tertinggi sejak 2012.

Amy Orben, ahli psikologi media sosial dan pensyarah di Oxford University, berkata: “Syarikat-syarikat media sosial hanya mengalami apa yang dialami oleh pesaing mereka yang lebih tradisional pada pelancaran mereka.

“Dengan mana-mana teknologi baru, anda mempunyai sesuatu yang menarik minat anda dan pada satu ketika itu anda tidak lagi memerlukannya. Pendapat umum telah berubah sejak tahun lepas. Terdapat banyak statistik yang membimbangkan yang telah menyebabkan pandangan awam berubah dan angka-angka ini mencerminkannya.”

Banyak laporan telah memberi amaran tentang kesan negatif media sosial terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Media sosial telah dituduh menggalakkan pembulian, memburukkan lagi kebimbangan imej diri dan menyebabkan masalah tidur dan perasaan bimbang, kemurungan dan kesepian. NSPCC bahkan memetiknya sebagai punca utama peningkatan dramatik dalam bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital selepas merosakkan diri sendiri.

Theresa May telah membicarakan tentang “kebimbangan dan cabaran tambahan” yang dialami golongan muda kerana media sosial, manakala setiausaha penjagaan kesihatan dan sosial, Jeremy Hunt memberi amaran kepada syarikat-syarikat bahawa mereka boleh dikenakan sekatan melainkan mereka bertindak dengan lebih berkesan untuk menangani penghantaran mesej berunsur lucah (sexting), buli menerusi alam maya (cyberbullying) dan penyalahgunaan pengguna muda.

Ketua Apple, Tim Cook, berkata minggu lalu bahawa beliau tidak mahu anak saudaranya menggunakan rangkaian sosial media, sementara pada bulan November, bekas eksekutif Facebook Chamath Palihapitiya berkata: “Hanya Tuhan tahu apa kesannya kepada otak anak-anak kita.”

Tetapi Orben berkata terdapat sedikit bukti kukuh untuk mendasarkan kesan negatif tersebut. “Terdapat kebaikan dan keburukan seperti mana-mana teknologi lain. Apa yang kita ketahui dari 1,000 tahun kewujudan manusia ialah akan sentiasa ada panik tentang teknologi baru. Semasa akhbar cetak mula-mula wujud 500 tahun yang lalu, kita juga panik kerana terlalu banyak maklumat sosial yang menjadi tersedia.

“Saya tidak mengatakan orang ramai tidak mempunyai sebab untuk bimbang tetapi apinya telah banyak reda. Bukti saintifik yang menyebabkan kerosakan pada kesihatan mental mereka tidak ada.”

Kaji selidik tahunan ke-18 Barometer kepercayaan Edelman mendapati 64% daripada 1,050 responden UK bimbang bahawa syarikat media sosial tidak cukup terkawal, 69% bersetuju bahawa mereka tidak bertindak dengan cukup tegas untuk mencegah buli dan 70% bahawa tindakan untuk menghentikan tingkah laku yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika dalam rangkaian adalah tidak mencukupi.

Penganiayaan telah menjadi salah satu bahaya media sosial, terutamanya untuk tokoh masyarakat. Ramai Ahli Parlimen telah dianiaya dan Daisy Ridley, Sam Smith dan Stephen Fry adalah antara selebriti yang telah menutup akaun sosial mereka secara sementara atau secara kekal sebagai tindak balas terhadap penghinaan dalam talian. Ed Sheeran berkata tahun lepas bahawa beliau telah berhenti membaca tweet kerana kebanyakkannya bersifat negatif.

Berita palsu, istilah yang banyak digunakan oleh Donald Trump dan dipilih sebagai perkataan tahun 2017 oleh Collins, tidak dapat dielakkan tahun lepas dan 53% orang yang ditinjau berkata mereka bimbang akan terdedah kepadanya di media sosial. Ketakutan terhadap berita palsu mungkin menjelaskan mengapa 42% mengatakan bahawa mereka hanya membaca tajuk berita di media sosial tetapi tidak membaca kandungannya dan juga peningkatan terhadap sokongan media tradisional.

John Collins, pensyarah dalam bidang kewartawanan di Universiti Nottingham Trent, berkata: “Mereka telah melakukan banyak perkara yang sangat baik. Apabila media sosial pertama kali wujud, banyak tumpuan tentang bagaimana berita disebarkan dan diterima, orang suka bagaimana berita sampai, bagaimana agenda berita datang dari bawah ke atas.

“Sekarang orang mencari sedikit lebih awal dalam proses itu, sumber kewartawanan, penyelidikan dan pengesahan sebelum apa-apa diterbitkan.”

Ed Williams, Ketua Pegawai Eksekutif Edelman UK, berkata warga Britain telah menghantar mesej kepada syarikat gergasi media sosial untuk meminta perubahan.

“Selepas dibanjiri berita utama yang negatif pada 2017, sudah tiba masanya syarikat-syarikat ini duduk dan dengar,” katanya. “Orang ramai mahu tindakan ke atas isu-isu utama yang berkaitan dengan perlindungan dalam talian, dan untuk melihat kebimbangan mereka ditangani melalui peraturan yang lebih baik. Kegagalan pada bahagian mereka untuk bertindak akan mendatangkan risiko ke atas kepercayaan dan dengan itu sokongan rakyat.”

Link asal artikel:
https://www.theguardian.com/media/2018/jan/22/just-one-in-four-britons-trust-news-on-social-media-finds-survey?utm_source=esp&utm_medium=Email&utm_campaign=GU+Today+main+NEW+H+categories&utm_term=261344&subid=6611606&CMP=EMCNEWEML6619I2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.