Sheeran Mahu Berkeluarga, Jaga Anak

PENYANYI Ed Sheeran mengumumkan perancangan untuk berhenti bermain muzik dengan tempoh itu mungkin hadir lebih awal daripada dijangkakan.

Dia yang popular dengan lagu The Shape Of You berkata cita citanya sekarang ‘kembali ke kosong’ apabila sudah berkeluarga serta mempunyai anak.

Ed mengikat tali pertunangan dengan bakal isteri, Cherry Seaborn, Sabtu lalu dan umum akan berkahwin dengan wanita dikenali sejak zaman sekolah.

Buat peminatnya, sukar mengetahui berapa lama lagi Ed akan menghasilkan semula lagu menjadi hit termasuklah lagu kerap diputar radio, Perfect.

Dia memberitahu: “Cita cita saya kembali kepada asas selepas mempunyai anak. Saya tidak kisah apa berlaku selepas ini kerana saya akan mempunyai kehidupan baru untuk diambil tahu dan disayangi’.

“Ia pasti difahami kerana sudah ada anak, sudah tentu anda mahu bertukar menjadi seorang bapa yang baik.”

“Saya mendapat seorang teman sebelum tahun baru. Kami gembira dan berada dalam dunia percintaan malah kucing kami juga gembira dengan berita itu,” katanya.

Cherry, 24, mendapat pendidikan di Thomas Mills High School di Framlingham, Suffolk bersama Ed, 25.

Ed sudah lama meminati rakan sekelasnya tetapi hanya rapat selepas Cherry meninggalkan sekolah.

Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Duke University di Durham, North Carolina, Amerika Syarikat.

Ed mendedahkan tunangnya bekerja di Wall Street yang menjadi daerah kewangan di New York.

Mereka menghabiskan masa menjelajah serata dunia pada 2016 ketika Ed menikmati rehat selama setahun daripada sebarang aktiviti perniagaan muzik.

Apabila mereka kembali daripada percutian, Cherry mendapat pelepasan berpindah ke pejabat di London pada Disember lalu yang membolehkan dia bersama Ed.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.