Senyuman Terakhir Jeon Tae Soo Sebelum Meninggal Dunia

Kematian mendadak pelakon dari Korea Selatan, Jeon Tae Soo telah mengejutkan peminatnya apatah lagi dia berkait dengan kemurungan yang dialami oleh aktor tersebut sejak sekian lama. Peminat yang merinduinya kembali membuka akaun media sosial Tae Soo untuk mengenang semula memori aktor berkenaan semasa masih hidup.

Meskipun agensi Tae Soo, Haewadal Entertainment tidak mengesahkan punca kematian aktor tesebut namun bunuh diri dikatakan menjadi penyebab kematiannya.

Dalam instagramnya @taesoo1984, Tae Soo sempat memuatnaik gambar dia tersenyum iaitu pada 11 Januari lalu iaitu kira-kira 10 hari sebelum kematiannya.

Dalam foto berkenaan, Tae Soo sedang memerhatikan kamera dengan topi hitam di kepalanya dan earphone diselipkan di telingnya. Seulas senyum simpul muncul di bibirnya manakala sinar matahari bersinar dari balik tubuhnya.

Tiada kapsyen diberikan.

Tae Soo meninggalkan dunia 21 Januari lalu pada usia 34 tahun, selepas sekian lama bergelut dengan kemurungan. Dia merupakan adik kepada aktres terkenal Korea Selatann iaitu Ha Ji Won.

Susulan kematian mengejut adiknya itu, Ha Ji Won telah membatalkan semua aktiviti seninya.

Ia termasuk mempromosikan filem terbarunya Meanhunt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.