Sanchez Bakal Penghuni Bas?

Oleh Suzein Yana

Penantian peminat Manchester United untuk melihat Alexis Sanchez menyarung jersi nombor 7 Manchester United dijangka berakhir hari ini apabila pemain Chile itu dilaporkan sudah melengkapkan ujian perubatan di pusat latihan Carrington.

Penyerang Chile berusia 29 tahun itu yang hampir menyertai Manchester City musim panas lalu, menandatangani kontrak yang dikatakan selama empat setengah tahun yang akan menjadikannya pemain dengan gaji termahal di Liga Perdana Inggeris.

Sanchez dilaporkan akan menerima gaji sebelum cukai sebanyak STG500,000 (RM2.75 juta) seminggu.

Pemain sayap dari Armenia Mkhitaryan, pula sebaliknya akan menghala ke Stadium Emirates selepas tidak lagi menjadi pilihan pengurus United Jose Mourinho sepanjang 18 bulan di Old Trafford.

Menurut sumber ESPNFC perpindahan Sanchez daripada Arsenal tidak melibatkan sebarang wang perpindahan dan ianya adalah pertukaran secara terus dengan pemain tengah United, Henrikh Mkhitaryan yang sudah berada di London sejak Sabtu lepas.

Perpindahan Sanchez ke United sudah lama ditunggu-tunggu oleh peminat United sejak minggu lepas dan dipercayai tertangguh disebabkan Arsenal mahukan perpindahannya dilakukan secara serentak dengan Mkhitaryan.

Dalam posnya di Instagram baru – baru ini dia membalas kenyataan bekas pemain Arsenal yang mengkritik bahawa beliau bakal jadi ‘Penghuni bas’ ??

Namun begitu Sanchez tetap dengan pendirian bahawa beliau memang sudah lama beringinan untuk bermain di Old Trafford

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.