Rongak, Minum Soda Setiap Hari

Kandungan gula yang berlebihan dalam air berkabonat dan pengambilan yang kerap boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit gigi.

Menurut Metro.co.uk, keadaan ini terjadi kepada seorang lelaki yang gemar meminum minuman berkabonat sehingga menyebabkan giginya hilang dan rosak.

Michael Sheridan akan meminum sekurang-kurangnya enam liter air berkabonat setiap hari. Akibatnya, dia terpaksa membuang kesemua 27 giginya yang rosak.

Dek kerana obsesinya terhadap air bergula itu, dia sanggup menahan sakit sehingga menyebabkan dia terpaksa makan makanan lembut lebih 10 tahun.

“Saya tahu jika saya berjumpa doktor gigi untuk mengubat sakit gigi saya, saya akan terpaksa untuk berhenti minum air berkabonat dan saya tidak mahu berhenti.

“Saya juga tidak mempunyai wang yang banyak untuk mengubat penyakit ini. Mujur seorang rakan yang merupakan seorang doktor gigi ingin membiayai perubatan ini,” katanya, petik Awani

Michael dalam satu video menerima rawatan November lalu kini mempunyai sepasang gigi yang cantik dan boleh senyum seperti orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.