Pakatan Harapan Tentang Kempen Undi Rosak

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM), Tun Mahathir Mohammad mendakwa Kempen Jangan Mengundi PRU14 sengaja dilakukan bagi mengelirukan rakyat.

Dakwanya lagi, pihak yang terlibat dalam kempen ini adalah dari Umno.

“Ada segelintir orang yang buat promosi boikot pilihan raya. kebanyakan mereka ini datangnya dari parti sebelah sana, parti Umno. Kononnya tidak ada beza antara Harapan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tak payah undi, rosakkan kertas undi.

“Mereka tahu, kalau ramai tidak mengundi, ia akan bantu Umno dapat kemenangan. Objektifnya bukan sebab masalah dengan Harapan yang konon tidak (lebih) baik daripada kerajaan Najib. Mereka kata kalau  mengundi pun, apa anda dapat,” katanya ketika ditemui media dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, tadi.

Kempen ini wujud apabila sebuah laman baru di Facebook yang diberi nama ‘Undi Rosak’  memuat naik kenyataan ‘Rakyat yang sangat muak dengan politik BN dan PH, memang mempunyai hak untuk tidak mengundi atau hak untuk undi rosak’.

Dalam pada itu, ketika diminta untuk mengulas kawasan yang bakal ditandinginya, beliau berkata ia belum lagi diputuskan.

“Saya belum putuskan lagi sama ada hendak bertanding di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya. Bila tiba masanya, nanti saya umum,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.