Pakatan Harapan Sudah Gelabah Dengan Gerakan #UndiRosak

Boleh dikatakan sabar hari media sosial dipenuhi dengan #undirosak. Gerakan #undirosak itu dilakukan menerusi media massa dan ternyata ia menakutkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Mereka yang melancarkan gerakan #undirosak ini kebanyakannya adalah bekas penyokong reformasi yang tidak berpuas hati apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri untuk PH.

Disebabkan gerakan ini semakin hari semakin mendapat sokongan ramai, ia mengakibatkan pemimpin PH mula kecut perut dan bimbang termasuk Mahathir sendiri hingga beliau menuduh kempen itu sebagai perang saraf yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Mahathir menuduh BN sengaja menggunakan taktik ‘reversed psychology’ (psikologi terbalik) seperti itu, dan membiarkan ia tular di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya golongan muda, kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun menganggap gerakan kempen #undirosak itu sebagai kecil dan hanya melibatkan kira-kira satu peratus pengundi saja.

Mahathir juga menganggap penyokong gerakan berkenaan sebagai “berfikiran cetek”. Nampaknya Mahathir telah memperlekehkan gerakan tersebut tetapi jika ia dianggap sebagai kecil, kenapa perlu gelabah.

Dalam isu ini, bukan hanya Mahathir, malah Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, turut memperkatakan mengenai gerakan #undirosak itu dan meminta supaya rakyat jangan terpengaruh dengannya.

Ini kerana kata Saifuddin, undi rosak hanya akan memenangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN. Manakala Nurul Izzah pula dalam nada yang sama meminta pengundi turun mengundi.

Jika betullah gerakan itu hanya melibatkan satu peratus pengundi sahaja, maka kenapa perlu bimbang BN akan menang? Sememangnya PH sudah gelabah dengan gerakan ini. Walaupun ia dianggap isu kecil namun momentumnya semakin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.