Kerajaan Tidak Akan Ulangi Langkah Tambat Ringgit – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengulangi langkah menambat nilai ringgit seperti yang pernah dilakukan kepimpinan sebelum ini.

Memetik laporan BH, Perdana Menteri berkata, langkah menambat ringgit itu jika dilaksanakan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang.

Menurut beliau, bersandarkan kepada kesan negatif dari langkah yang dilaksanakan sebelum ini telah menyebabkan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan kepada ekonomi negara.

Ekoran itu, tegasnya, negara terpaksa mengambil masa yang lama untuk meraih semula keyakinan pelabur.

Beliau berkata demikian pada Invest Malaysia 2018 di sini, hari ini yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan Maybank.

Pada 1998 susulan kegawatan ekonomi disebabkan kesan dari kerugian di pasaran tukaran matawang yang dialami Bank Negara, Ringgit ditambat pada nilai RM3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat selepas jatuh kepada RM4.83 (AS$ 1) sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.