Kapal Perang Amerika Terperangkap Di Perairan Kanada Yang Membeku

MONTREAL – Cuaca sejuk Kanada nampaknya terlalu berat untuk dihadapi bahkan bagi kapal perang milik AL Amerika Syarikat.

Salah satu kapal perang Amerika Syarikat terperangkap di laut beku di pelabuhan Montreal, Kanada dan kemungkinan besar terpaksa menghabiskan musim sejuk di tempat itu.

USS Little Rock, kapal perang kelas kebebasan, tidak dapat meneruskan jadual tugas ketenteraannya. Ia sepatutnya tiba di Pangkalan Tentera Laut Mayport di Florida dari Buffalo, New York pada 16 Disember.

Selepas perjalanannya terhalang oleh cuaca buruk, USS Little Rock menghadapi masalah baru dalam perjalanan ke Montreal, walaupun tiba dengan selamat pada 27 Disember.

Kapal itu sepatutnya bersandar di Montreal kurang dari sehari tetapi cuaca buruk menghalang perjalanan perjalanannya.

Kali ini, USS Little Rock terperangkap dalam air laut beku dan perlu menunggu sehingga musim bunga untuk meneruskan pelayarannya.

“Keadaan cuaca yang buruk membuat kapal ini tak boleh meninggalkan Montreal pada awal bulan ini dan keadaan beku semakin memburuk,” ujar seorang jurucakap angkatan laut kepada media.

Jurucakap itu menambah, USS Little Rock akan tetap berada di Montreal hingga cuaca bertambah baik dan kapal itu boleh berlayar dengan selamat melintasi St Lawrence Seaway, saluran yang menghubungkan Kanada dan AS.

Masalahnya, jalur pelayaran di kawasan itu ditutup selama Januari dan akan dibuka kembali pada Maret mendatang.

Terperangkap di laut yang membeku merupakan satu masalah yang dihadapi kapal-kapal perang AS.

Masalah lainnya yang  terulang adalah insiden perlanggaran yang pernah terjadi sebanyak tiga kali tahun lalu.

Musim panas tahun lalu dua tabrakan terjadi, salah satunya melibatkan USS Fitzgerald dsn USS John S McCain yang menewaskan 17 orang pelaut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.