Jangan Asyik Buat ‘Live’ Video – Bomba

KUALA TERENGGANU – Orang ramai diingatkan agar tidak terlalu obses untuk memuat naik ‘live video’ dalam media sosial apabila melihat berlaku kebakaran sehingga terlupa membuat panggilan kecemasan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata tindakan sedemikian bukan sahaja melambatkan penyampaian maklumat untuk menyelamat tetapi juga boleh mengundang kecelakaan yang tidak diingini.

“Apabila masyarakat lambat menghubungi talian kecemasan ketika kebakaran hanya kerana ingin memuat naik video secara langsung di Facebook, kemungkinan api akan merebak lebih besar.

“Jika mendapat panggilan awal mungkin pihak bomba boleh terus memadam kebakaran daripada merebak, berbanding mengawal kebakaran apabila api semakin marak sebelum memadamkannya,” kata beliau ketika ditemui media selepas Majlis Perbarisan Tahunan Bomba di sini hari ini, lapor Bernama

Beliau berkata panggilan awal kecemasan akan dapat membantu mengelak kebakaran menjadi semakin marak, selain dapat menyelamatkan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.