Ekonomi Malaysia Di Landasan Betul, Bukti Hanya Pembangkang Malaysia Tak Betul

Ekonomi Malaysia semakin diyakini dunia, jika tidak masakan syarikat multinasional telah melabur di negara ini dan jumlah berkenaan semakin meningkat.

Begitu juga dengan institusi seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan banyak badan global terkemuka. Badan-badan dunia ini memuji pengurusan berhemat kerajaan dalam mengendalikan ekonomi malahan Bank Dunia telah mengesahkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul.

Apakah tandanya itu? Ia sebenarnya mencerminkan bagaimana antarabangsa yakin akan keupayaan Malaysia walaupun seluruh dunia tahu bagaimana pembangkang kini sibuk memburukkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana Najib `membina’ negara ini selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.

Pada 2008, seluruh dunia mengalami krisis kewangan dan ia mengakibatkan ancaman bukan sahaja kepada ekonomi malah rakyat negara ini juga. Malah pada suku keempat 2008, sentimen di Malaysia menjadi begitu negatif.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2009, Najib telah mengumumkan langkah-langkah pemulihan ekonomi negara ketika itu dan sejak itu pendapatan negara kasar (GNI) telah meningkat dan pada tahun lepas sahaja, ia telah berkembang pada kadar 9.1 peratus kepada RM1.3 trilion.

Bukan itu sahaja, pelaburan luar juga masuk ke negara ini. Ia menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Pelaburan dari China, Arab Saudi, India, Kesatuan Eropah (EU), Amerika dan Afrika turut masuk.

Namun apabila menyentuh mengenai pelaburan China, agak menyedihkan apabila pemikiran dangkal pembangkang telah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia telah menjual kedaulatan kepada China, disebabkan pelaburan luar yang banyak itu.

Hakikatnya kerajaan tidak pernah mengorbankan sesuatu semata-mata untuk menjual maruah negara dan mujurlah pelabur yang bijak tidak termakan dengan dakyah palsu berkenaan.

Hanya segelintir rakyat Malaysia yang masih percaya bahawa kedaulatan negara telah dijual kepada China.

Namun biarkan sahaja mereka ini kerana kita tahu mereka adalah penyokong tegar pembangkang, jadi sukar untuk meluruskan sesuatu yang telah bengkok.

Melihat kepada senarai pelaburan asing itu pula, sebenarnya senarainya masih panjang dan semakin berkembang.

Begitu juga dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Disebalik kecaman dan serangan yang diterima daripada pembangkang, negara luar pula kini mengikut jejak Malaysia.

Thailand telah melaksanakan program bantuan yang sama untuk golongan sasar di negara itu. Begitu juga dengan Arab Saudi yang melaksanakan bantuan tunai kepada rakyatnya bagi membantu mereka berdepan dengan kenaikan harga minyak di pasaran.

Manakala dalam isu GST pula, India, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu telah melaksanakannya manakala negara teluk lain pula memberi masa sehingga 2019 untuk pelaksanaannya.

Bagi pelabur luar, mereka memahami mengenai ekonomi, jadi mereka faham kenapa kerajaan mengambil langkah memperkenalkan BR1M dan GST kepada rakyat Malaysia berbanding pembangkang yang tidak faham ekonomi sepenuhnya tetapi dengan gahnya bercerita mengenai ekonomi.

Apa yang pasti, daya tahan dan daya saingnya Malaysia telah diiktiraf oleh dunia, yang diyakini mampu membawa kebaikan kepada rakyat Mlaaysia.

Jika dulu syarikat antarabangsa dan modal asing memasuki negara ini pada kadar yang tidak dilihat sebelum ini namun kini dengan usaha yang dijalankan oleh Perdana Menteri, Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang semakin disegani.

Namun bagi tujuan berkenaan, rakyat Malaysia perlu menolak anasir yang cuba memusnahkan negara dan sekali gus tolak terus pembangkang yang kini cuba mengitar semula Mahathir Mohamad untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.

Dengan usianya yang sudah mencecah 93 tahun, apa jaminan beliau tidak akan nyanyuk dan pelupa ketika membuat keputusan penting kelak. Justeru janganlah ambil risiko untuk mengangkat semula orang tua sebagai pemimpin negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.