Dua Syarikat China Dalam Projek Terowong Tidak Wujud, Kerajaan DAP Tipu Lagi?

Selepas berbohong mengenai isu bayaran kepada syarikat pemaju Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan 3 lebuhraya, kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi didapati berbohong mengenai syarikat pemegang saham projek berkenaan pula.

Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Dr Norvandri Hassan Basri berkata, pembohongan disampaikan melalui lidah rasmi kerajaan negeri, Buletin Mutiara.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan portal berita berkenaan pada 4 Mac 2013 menyebut; China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) menyertai konsortium usahasama didalam projek tujuan khas (SPV) bernilai RM6.34 bilion itu.

Menurut laporan tersebut, CRCC bersama Zenith Construction Sdn Bhd membentuk gabungan pemegang saham terbesar (70%) dengan modal berbayar masing-masing RM4 bilion dan RM3.5 juta.

Sementara BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juruteras Sdn Bhd masing-masing memegang 10% saham dengan modal berbayar RM541 juta, RM3.7 juta dan RM1 juta – membentuk konsortium dengan modal keseluruhan RM4.549 bilion.

Kata Dr Norvandri, pembohongan dikesan selepas CRCC dan BUCG mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia, bukan sahaja menyatakan tidak terlibat dengan konsortium tersebut malah menafikan mereka sebagai pemaju atau pemegang saham projek terbabit.

“Kami tidak mengambil bahagian (dalam sebarang perkara selain pembinaan). Kami hanya bertanggungjawab terhadap pembinaan tetapi sehingga kini (projek) belum bermula,” kata Pengurus Besar CRCC, Sun Ming.

Pengakuan oleh CRCC dan BUCG merumuskan bahawa, modal berbayar RM4 bilion dan RM541 juta daripada dua syarikat dari negara China itu tidak wujud.

Tanpa sumbangan dari kedua-dua syarikat tersebut, jumlah modal berbayar hasil gabungan antara Zenith, Sri Tinggi dan Juruteras hanya RM8.2 juta – 46 kali ganda lebih rendah daripada modal berbayar minima ditetapkan kerajaan negeri iaitu RM381 juta untuk menguruskan projek mega berkenaan.

Semakan Dr Norvandri di Bursa Malaysia mendapati, pemegang saham projek tersebut yang terkini adalah Zenith Construction Sdn Bhd, (47.12%), Juruteras Sdn Bhd (0.75%), Kenangan Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (38.92%) dan Vertice Berhad (dahulunya dikenali sebagai Voir Holdings Berhad)(13.12%).

Justeru itu, Dr Norvandri mempertikaikan kesahihan surat niat yang diberikan kerajaan negeri pada 6 Februari 2013 sebagai kebenaran untuk meneruskan projek berkenaan.

Katanya, bukan sahaja kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong mengenai penglibatan CRCC dan BUCG di dalam kosortium, tetapi berbohong mengenai jumlah keseluruhan modal berbayar syarikat.

“Sehingga ke saat ini, kerajaan DAP negeri gagal untuk menjawab dua perkara ini. Bukan itu sahaja, Tun Mahathir dan Muhyiddin pun telah mengkritik projek kerajaan DAP ini,” katanya merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir menyifatkan pembinaan terowong dasar laut adalah pembaziran duit rakyat.

“Kita menjangkakan regim DAP dan sekutunya akan zip mulut atau mengalihkan isu ini kepada isu lain supaya rakyat terlupa dan tidak membicarakan permasalahan yang sangat besar tentang skandal billion ringgit wang rakyat ini.

“Kerajaan DAP berbohong!” tegas Dr Norvandri lagi.

Pendedahan oleh Dr Norvandri adalah beberapa siri pendedahan pembohongan kerajaan negeri berhubung Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Sebelum ini kemelut isu pembayaran kepada syarikat kontraktor timbul ekoran Guan Eng menafikan sebarang pembayaran telah dibuat, namun, Exco Kerajaan Negeri, Lim Hoch Seng mengakui RM216 juta sudah dibayar kepada syarikat kontraktor. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.