Budak Lebih Genius Dari Einstein, Hawking

WOKINGHAM, Britain – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun didakwa lebih genius daripada Albert Einstein.

Dia dikatakan mampu menyelesaikan kiub rubik hanya dalam masa 100 saat.

Menurut Agensi, Mehul Garg mencatat markah 162 dalam Ujian IQ Mensa, lebih tinggi berbanding pencapaian Einstein (140) dan Stephen Hawking (160) menjadikan dia kini antara kanak-kanak paling pintar di dunia.

Mehul yang meminati subjek matematik dan sukan, bercita-cita untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Google selain ingin menjadi pemain kriket terkenal.

Selain Mehul, abangnya bernama Dhruv Garg, 13, turut mengambil ujian tersebut dan mencatatkan markah hampir sama dengan adiknya.

Dua adik-beradik yang berasal dari India itu kini mengendalikan dua projek iaitu kajian kepuasan pelanggan Etihad Airlines dan mengumpulkan dana bagi membangunkan satu perisian bagi mengurangkan pengasingan sosial dengan menggalakkan penubuhan komuniti online untuk kawasan kejiranan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.