Al-Quran Kitab Cetak Rompak, Kata Aktivis BERSIH

KUALA LUMPUR – Aktivis BERSIH, Clement Chin menuduh kitab suci Al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak di mana menurutnya 70 peratus isi kandungan kitab itu dicedok dari cerita lama sebelum kewujudan agama Islam.

“Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” kata Clement Chin yang juga aktivis Kristian dan pengasas gerakan Anti Lynas, dipetik dari laporan portal Menara.My.

Aktivis BERSIH itu yang pernah terlibat mengedarkan kitab Bible dalam laci-laci hotel sewaktu bersama Gideon International di Kuantan, juga menuduh Al-Quran mempunyai pelbagai versi dan telah diubahsuai berkali-kali.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?

“Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal,” katanya.

Memetik laporan yang sama, aktivis Kristian ini juga mendakwa negara-negara Islam sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.

“Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim hari ini adalah kegagalan untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita, minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik Islam, Quran, atau Muhammad,” ujarnya.

Clement Chini juga mendakwa hak asasi manusia terbatas jika Islam berkuasa.

“Di mana Islam berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama,” katanya lagi.

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen portal Menara.My mendapati hampir semua komen netizen menyelar kenyataan aktivis BERSIH itu yang disifatkan sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Banyaknya fitnah yang dilemparkan terhadap islam tanpa bukti yg kukuh,”
kata Nik A. Indera.

“Sungguh biadap kenyataan geng pembangkang ini jangan timbulkan kemarahan orang islam perkara ini bukan perkara kecik mereka ini biadap gara2 ada melayu dlm pakatan yg menikus mendiamkan diri bila islam dihina sebab itu cina Dapig naik kepala,” komen Muhammad Nizam.

“Apek ni mmg dah melampau. Menghina islam secara terang terangan. Aku nak tgk apa komen pemimpin islam drpd pembangkang,” kata Firdaus Azimi pula. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.