“Aku Pergi Kerja, Kau Menyundal”

Si isteri sibuk bekerja mencari nafkah untuk menanggung keperluan keluarga, namun si suami pula seronok bermain kasih dengan wanita lain tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Demikian situasi pahit yang terpaksa dilalui Nurul Anieza Norzaman apabila suaminya baru-baru ini kantoi dicekup bersama perempuan lain di sebuah pusat beli belah.

video yang dirakam secara amatur itu telah merima tontonan lebih 1.5 juta dan dikongsi lebih 26,000 kali di laman Facebook.

Dalam kejadian petang pada Ahad di pusat beli belah Dataran Pahlawan Melaka, Anieza menerjah suaminya yang ketika itu sedang asyik dilamun asmara bersama teman wanitanya yang berusia lingkungan 20-an.

Kejadian ibarat babak di dalam drama Melayu itu telah dirakam seorang pengunjung pusat beli belah yang kemudiannya memuat naik ke laman Facebook.

“Kau nak marah aku depan dia? Kau back up dia daripada (back up) aku?! Aku bini kau!!

“Aku cakap elok-elok dengan kau tadi kan?!” kata Anieza kepada suaminya itu sambil mendukung anak kecil mereka.

“Kau siapa dengan laki aku??” soal Anieza kepada perempuan berkenaan yang kemudian dilihat menafikan ada apa-apa hubungan dengan suaminya.

“Kau tahu dia laki orang, kau keluar dengan laki orang. Saya tak tahu perempuan jenis apa kau ni?!!

Sesekali suaminya itu cuba mengambil anak kecilnya itu tetapi dihalang oleh Anieza yang tidak membenarkan dia menyentuh anak mereka.

“Kau gilakan aku sebab ***** kan?!” katanya sebelum menampar pipi kiri suaminya.

Sementara itu di media sosial, netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Anieza namun memuji keberaniannya berdepan dengan suami bersama kekasihnya itu.

“Padan muka kena lempang dengan bini. Baru kau tahu bro langit itu tinggi ke rendah. Berani kau buat hal waktu bini kau tengah kerja mencari rezeki. Itu je makan dia.

“Elok kedua-duanya kena maki. Pastu tambah lagi tibai saja mereka berdua biar mampus. Geram je aku tengok. Kalau aku, memang lunyai dua-dua aku kerjakan. Jenis manusia jahanam. Mohon meninggal kedua-duanya,” kata Suria Marzuki.

“Bro, kalau bini ko pun ko suruh kerja, duduk rumah sewa, kereta loan 9 tahun, tak payah la tanam niat nak curang-curang.

“Kalau ko mampu bagi rumah sebijik kat bini, kereta sebijik kat bini, bini goyang kaki kat rumah tak buat kerja baru la fikir cari perempuan lain yer. Cari tu mean kahwin lagi satu, bukan menyundal,” tulis Qhais Roslan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.