KLFA Calonkan Khairy Tanding Kerusi Presiden FAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengesahkan mencalonkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 

EXCO KLFA, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, berkata pihaknya percaya Khairy mampu membawa sinar baharu buat FAM dan bola sepak negara.

 

“Saya boleh mengesahkan yang kami mencalonkan Khairy untuk calon jawatan Presiden FAM.

 

Malah, borang pencalonan pun sudah diterima FAM. “Kita percaya apabila beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau pasti lebih tahu untuk menguruskan persatuan.

 

“Berdasarkan pengalaman sebagai Timbalan Presiden FAM, kita percaya beliau tahu selok belok pengurusan dan hala tuju badan induk itu untuk masa depan bola sepak negara,” katanya.

 

Difahamkan, Khairy mendapatkan pencalonan paling tinggi untuk menjawat jawatan di kerusi panas itu menjelang tarikh tutup pencalonan petang ini.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.