Video: Mukhriz Gagal Sebagai Menteri Besar Kedah – Pemuda UMNO Alor Setar

Alor Setar – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri menyifatkan krisis kepimpinan UMNO Kedah bukan disebabkan isu di peringkat nasional.

 

Bercakap kepada SuaraTV, Syed Mohd Johan berkata krisis kepimpinan di Kedah disebabkan kegagalan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu sendiri.

 

 

“Pada pandangan saya ia (krisis kepimpinan) bukan disebabkan peperangan antara kem Najib dan kem Mukhriz itu sendiri, tetapi ia lebih berkisar daripada rasa tidak senang kelompok pentadbiran baik dalam politik mahupun dalam kerajaan (negeri) terhadap gaya kepimpinan Mukhriz itu sendiri yang tidak melibatkan masalah rakyat.

 

“(Pada saya) Mukhriz gagal sebagai pemimpin dan parti yang dia (sendiri) dokong serta gagal menjadi pemimpin yang berkesan untuk menyatupadukan Umno negeri Kedah di bawah kepimpinan beliau” katanya ketika wawancara eksklusif bersama SuaraTV lewat malam tadi.

 

Menurut Syed Mohd Johan Umno Kedah pada peringkat awal menerima kehadiran Mukhriz sebagai pemimpin baru dengan hati yang terbuka.

 

“Apabila Datuk Seri Mukhriz telah dipilih sebagai Menteri Besar, Umno Kedah telah meletakkan harapan yang begitu tinggi sehinggakan ia (kepimpinan negeri, pada ketika itu) memberikan sambutan yang begitu terbuka (kerana merasakan) inilah pemimpin yang bakal mengetuai politik negeri Kedah.

 

“Walaupun dia (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) yang bekerja teruk (untuk memenangi pilihanraya umum yang lalu) namun Umno Kedah (tetap) bersatu hati untuk menyokong Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar” katanya lagi.

 

Namun kelemahan Mukhriz semakin ketara sehingga menyebabkan berlakukan krisis kepimpinan di negeri tersebut.

 

“Namun setelah setahun (Muhkriz) menerajui kepimpinan negeri, kita telah mula mendengar pelbagai rungutan bukan sahaja daripada Umno tetapi rungutuan turut datang daripada kakitangan kerajaan. Ia merupakan rungutan rakyat sebenarnya (sebagai contoh) kelewatan program politik, peruntukan, bantuan masyarakat dan sebagainya.

 

“Ekoran masalah itu, Umno bahagian di Kedah menerima pelbagai aduan (dan) kami terpaksa mempertahankan kepimpinan kerajaan negeri, namun apabila rintihan ini dibawah keperingkat atasan ia tidak mendapat pertimbangan yang sewajarnya” ujarnya lagi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.