WEF 2015 Penting Untuk Malaysia – Najib

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan, Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2015 di Davos, Switzerland merupakan program yang penting bagi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

 

Perdana Menteri berkata, forum tahunan itu menghimpunkan tokoh-tokoh penting termasuk penggubal dasar, pemimpin politik antarabangsa, peneraju pelbagai industri, cendekiawan terulung, pemimpin masyarakat dan pengamal media.

 

“Saya teruja untuk menemui bakal pelabur semasa penganjuran WEF edisi ke-45,” kata beliau melalui laman Facebook miliknya hari ini.

 

Sementara itu, Najib menerusi akaun Twitter miliknya menyuarakan keyakinan tentang peranan WEF 2015 sebagai platform yang berupaya membawa perubahan positif terhadap dunia.

 

Perdana Menteri kini berada di Davos untuk menghadiri WEF 2015 dan beliau dijangka menyampaikan mesej yang jelas berhubung peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

 

Forum yang bertemakan ‘Konteks Baharu Global’ itu bermula hari ini hingga lusa. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.