Taktik Biasa Guan Eng, Tuduh UMNO Punca Segala Serangan – Ruslan Kassim

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim berkata, tindakan Lim Guan Eng menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional berhubung kritikan terhadap isterinya itu merupakan taktik basi yang biasa digunakan oleh kepimpinan pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

 

Menurut beliau, ini merupakan langkah biasa pihak pembangkang yang akan cuba menyalahkan pihak lain bagi menenggelamkan isu sebenar.

 

“Ini taktik biasa yang digunakan oleh pemimpin pembangkang termasuklah Guan Eng. Dalam isu isterinya yang dilihat bermewah-mewahan, malah sudah ada yang menggelar isterinya dengan gelaran The First Lady Of Penang, membuatkan beliau tidak senang duduk. Jadi, untuk meredakan isu ini beliau seperti biasa menuduh UMNO lah punca segala serangan terhadap isterinya itu.

 

“Tapi beliau harus sedar, jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Jika isterinya dan juga beliau tidak bermewah-mewahan, masakan ada orang yang akan mengata,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

 

Kata Ruslan, jadi dalam hal ini jelas, Guan Eng bersikap double standard dan tidak adil. Apabila beliau menyentuh peribadi isteri atau pemimpin UMNO dan BN, maka itu tidak salah. Tetapi apabila beliau atau isterinya dikritik dengan perkara yang sama, beliau melenting dan marah-marah.

 

“Apabila keluarga dan kroninya dikritik, beliau marah. Tetapi apabila beliau mengkritik, mencemuh dan melemparkan tuduhan terhadap isteri pemimpin lain, tidak salah pula. Isu kritikan terhadap isterinya itu adalah pengajaran buat dirinya.

 

“Jelas itulah sikap bias dan double standard yang menjadi amalan beliau. Lain kali, jangan hanya seronok mengata orang lain, tetapi bila kena pada batang hidung sendiri, mula nak salah sana, mula nak tuduh sini,” ujarnya.

 

Tambah beliau, Guan Eng sepatutnya tidak marah dan melenting apabila isu berhubung kemewahan isterinya itu mula menjadi viral di dalam media sosial.

 

“Sebelum ini, beliau mengkritik dan mencemuh pemimpin UMNO dan BN kononnya hidup dalam kemewahan. Kini bila kemewahan isterinya didedahkan, beliau marah-marah malah cuba tuduh orang lain sebagai punca kepada serangan terhadap isterinya itu. Sepatutnya beliau tegurlah jika benar isterinya itu bermewah-mewahan, dan bukanlah cuba tuduh orang lain.

 

“Sebab itu saya nak katakan pada beliau, lain kali jangan celupar sangat mulut menghentam dan mengkritik orang lain. Apa yang berlaku hari ini pada beliau dan isterinya seumpama menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

 

“Jadi saya nak ingatkan Guan Eng agar berpada-padalah dalam perkataan dan kritikannya pada pihak lain. Saya sarankan beliau sepatut menyuluh mukanya dicermin dulu sebelum mengeluarkan kenyataan untuk mengkritik atau mencemuh orang lain,”tegas beliau. – Umno.online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.