MUBARAK Cadang Naikkan Semangat Kanak-Kanak Melalui Program Permata

Kuala Lumpur – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman mengecam pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan termasuk menghapuskan program Permata Negara.

 

Beliau berkata, Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu penting dan beliau turut mencadangkan program itu memasukkan kandungan berkenaan cara menaikkan semangat kanak-kanak dan golongan muda yang menyertai program itu.

 

“Kalau ikutkan pembangkang, semua yang kerajaan buat, semua salah. Ini bukannya pembangkang yang baik. Pembangkang sebenarnya memberikan alternatif.

 

“Kalau salah, buat alternatif. Tiap-tiap benda yang ada, bangkang..bangkang. Sistem ini tidak akan konstruktif kepada pembangunan negara,” katanya pada sidang media mengenai Program Persidangan Mahasiswa Sesi 2015.

 

Sebelum ini Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman bersetuju dengan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) malah mencadangkan program Permata Negara turut dimansuhkan.

 

Dakwanya, Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.

 

“Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Oleh itu, ia perlu dimansuhkan memandangkan ketika ini kita telah mempunyai Tadika Kemas dan Pra-Sekolah,” katanya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.