Indonesia Tolak Rayuan Australia

DENPASAR, Indonesia 23 Jan. – Kerajaan Indonesia hari ini menolak rayuan Australia supaya diberikan pengampunan kepada dua rakyatnya yang terlibat dalam kes penyeludupan dadah yang bakal berhadapan dengan hukuman mati, sekali gus mengeruhkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah negara.

 

Rakyat Australia yang dikenali sebagai Bali Nine itu ditahan pihak berkuasa Indonesia pada tahun 2005 di Lapangan Terbang Bali, selepas cuba untuk menyeludup dadah jenis heroin seberat 8 kilogram ke Australia.

 

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang memegang tampuk pemerintahan negara pada Oktober lalu sebelum ini menegaskan, tiada pengampunan diberikan kepada penyeludup dadah, tindakan yang menerima kritikan banyak kumpulan hak asasi manusia.

 

Minggu lalu, Indonesia melaksanakan hukuman mati dengan menggunakan pasukan penembak terhadap enam orang penyeledup dadah, termasuk lima warga asing.

 

“Kami begitu kecewa dengan penolakan yang diberikan oleh Presiden, terutamanya selepas tiada sebarang penjelasan dan alasan diberikan kepada kami.

 

“Perkara tersebut telah mencalar imej negara kami,” kata peguam salah seorang defenden, Todung Mulya Lubis. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.