Buang 33 Puntung Rokok Didenda RM54,000

Singapura: Seorang perokok didenda S$19,800 (RM54,000) kerana kerap membuang puntung rokok dari tingkap rumah pangsanya – menjadikan dia pesalah menerima denda paling tinggi untuk kesalahan seperti itu, lapor Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.

 

Agensi berkenaan melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu didenda S$600 (RM1,600) untuk setiap rokok bagi 33 kesalahan pertama dan diarahkan melakukan kerja khidmat masyarakat bagi kesalahan keempat. Semua perbuatannya itu dilakukan dalam tempoh hanya empat hari.

 

Lelaki yang ditangkap hasil rakaman kamera pengawasan perlu membersihkan kawasan awam selama lima jam sambil memakai rompi berwarna terang yang menyatakan dia sedang menjalani hukuman.

 

Singapura memang terkenal dengan amalan menjaga kebersihan ketat, mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan kecil seperti membuang sampah dan vandalisme.

 

Antara hukuman diperuntukkan bagi kesalahan begitu ialah rotan.

 

Republik itu turut melarang pengimportan gula-gula getah dalam usaha memastikan kawasan awamnya kekal bersih.

 

Kamera pengawasan diletakkan di hampir 600 lokasi strategik bangunan tinggi dan hasilnya, 206 tindakan diambil sepanjang tahun lalu.

 

Tidak dinyatakan di tingkat berapa lelaki terbabit tinggal.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.