10 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Beaufort

KOTA KINABALU – Sebanyak 10 orang daripada tiga keluarga di Beaufort, kira-kira 97 kilometer dari sini, dipindahkan petang semalam selepas rumah mereka dinaiki air akibat limpahan air dari Sungai Padas.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Beaufort ketika dihubungi berkata kesemua mangsa dari Kampung Balibata itu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Pak Musa kira-kira 4.30 petang semalam.

“Paras air Sungai Padas ketika ini ialah 8.92 meter iaitu melebihi paras bahaya. Kami masih memantau keadaan di sini,” kata jurucakap berkenaan.

Katanya kemungkinan ada lagi mangsa banjir yang akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berkenaan pada Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.