Persatuan Bas Tak Nak Naikkan Tambang, Tapi Tidak Kementerian Pengangkutan…

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan masih belum mempunyai sebarang keputusan berhubung pertimbangan menaikkan kadar tambang bas ekspres antara 10 hingga 30 peratus.

Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihak kementerian pada dasarnya bersimpati dengan syarikat bas yang menanggung kos operasi dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada pelanggan.

“Kementerian memang ambil maklum berhubung masalah yang ditanggung pengusaha bas yang terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang keputusan bagi menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail dan Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom di sini, hari ini.

“Sebelum ini kita ada mempertimbangkan untuk menaikkan kadar 10 hingga 30 peratus namun usah khuatir jika naik pun (mungkin) secara minimum,” katanya.

Kenyataannya ini bercanggah dengan pendirian Mesyuarat Agung Pertubuhan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Semenanjung Malaysia, pada 12 Disember yang lalu untuk sebulat suara bersetuju tidak akan menaikkan harga tambang perkhidmatan itu seperti digembar-gemburkan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.