Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Mohon Maaf Pada Keluarga Arwah Adib

SHAH ALAM – Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ekoran pernah mendakwa anggota bomba itu cedera dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul perusuh.

“Sekiranya saya menyakiti perasaan mereka dalam apa jua cara, saya tidak kesal meminta maaf kepada sebuah keluarga yang dalam kesedihan kerana kehilangan seorang anak berdedikasi kepada kerjanya,” kata S Ramaji dalam satu kenyataan hari ini.

Ramaji berkata, dakwaan itu dibuat beliau berdasarkan rakaman video yang diterimanya, dan dirinya langsung tidak berniat untuk menggores perasaan mana-mana pihak.

“Niat saya semasa sidang akhbar yang diadakan pada 28 November 2018 semata-mata meminta polis menyiasat kemungkinan arwah Adib dilanggar jentera bomba,” katanya

Ramaji juga menyifatkan insiden rusuhan di kuil itu akhir November lalu adalah detik hitam negara yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak ada sesiapa yang boleh dan patut mewajarkan detik memalukan itu.

“Saya benar-benar kesal dengan apa berlaku kepada Adib yang menyebabkan keluarganya dalam kesedihan dan berdoa keadilan dapat ditegakkan,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba itu di atas perkhidmatannya selama ini.

Sebelum ini Ramaji dalam sidang medianya mendakwa Muhammad Adib dilanggar jentera bomba yang sedang mengundur, dan bukannnya diserang perusuh.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid menafikan dakwaan berkenaan, selain pihaknya membuat laporan polis atas kenyataan tidak berasas itu.

Katanya, anggota yang dilanggar jentera bomba dalam rakaman video yang tular itu ialah Muhammad Hazim Rahimi, tetapi beliau tidak cedera dan turut menghadiri sidang media pada hari sama.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam Isnin lalu, selepas 21 bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu. -SuaraTv 

One thought on “Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Mohon Maaf Pada Keluarga Arwah Adib

  • December 23, 2018 at 10:23 am
    Permalink

    Inilah cara sebaik2nya
    …!! Pihak polis tahu buat kerja!! Undang2 akan tentukan siapa pesalah ?? Jgn ganggu tugasan polis demi cari kebenaranya…!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.