BSN Selesaikan Baki Hutang Kereta Adib

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) umum akan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta milik anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

BSN dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan atas dasar tanggungjawab sosial korporat, institusi kewangan itu mahu membantu meringankan beban keluarga anggota bomba itu.

“Allahyarham baru sahaja membeli kereta dengan pembiayaan BSN. Kereta itu disimpan di kampungnya untuk kegunaan selepas berkahwin,” menurut kenyataan itu.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lepas selepas dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira 1.45 tengah hari Selasa lepas.-SuaraTv

One thought on “BSN Selesaikan Baki Hutang Kereta Adib

  • December 22, 2018 at 10:20 am
    Permalink

    Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi…semoga dapat balasan….dari allah swt

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.