PM Sertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 10,000 orang dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra di sini.

Beliau bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyertai ribuan masyarakat yang terdiri daripada latar politik, agama dan kaum berbeza yang membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Himpunan tersebut bermula kira-kira pukul 2.15 petang selepas Solat Jumaat dan Solat Hajat selamatkan Palestin. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.