Ambil Risiko Rakam Labah-Labah Hitam Misteri

SYDNEY, Australia – Seorang wanita di sini sanggup mengambil risiko apabila merakam video seekor labah-labah hitam misteri yang ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Nicole Wedlock, 22, berkata, ketika kejadian labah-labah itu berada hanya beberapa meter dari biliknya.

Satu klip video menunjukkan labah-labah berwarna hitam sepanjang 7 sentimeter (sm) itu berada di dalam sebuah bekas lutsinar.

Wedlock memberitahu, dia memuat naik video itu di laman Facebook untuk bertanya adakah sesiapa mengetahui apakah jenis labah-labah tersebut.

“Ketika merakamnya, saya bimbang serangga itu mungkin memanjat untuk keluar dari bekas tersebut. Kemudian barulah saya sedar labah-labah itu telah mati dan terdapat serangga lain pula menumpang pada tubuhnya,” katanya.

Sukarelawan Hidupan Liar Sydney itu mengakui, dia pernah menemui beberapa labah-labah seperti itu di rumahnya sebelum ini, namun tidak sebesar itu atau mempunyai serangga di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.