Video: Ramesh Rao Pertahan Ali Tinju, Gesa KPDNKK Dibubarkan

KUALA LUMPUR – Aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Ramesh Rao hari ini tampil menggesa Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dibubarkan kerana didakwa gagal menangani masalah harga barang yang tidak terkawal.

 

“KPDNKK gagal. Gagal membanteras, dia gagal membantu kerajaan dan KPDNKK harus dibubarkan dengan segera,” katanya ketika ditemui di sini tadi.

 

Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) berkata KPDNKK yang sepatutnya membantu kerajaan dilihat hanya membebankan kerajaan.

 

“Jadi bagi saya KPDNKK dan penguatkuasa ini gagal dan elok dibubarkan. Tak guna lagilah. Memberi masalah tekanan kepada kerajaan pemerintah.

 

“Jadi kite kena faham, KPDNKK kena main peranan betul-betul. Bantulah kerajaan. Bila tengok depan mata barang-barang palsu, isu harga barangan jangan tutup mata,” katanya lagi.

 

Tambah beliau lagi, ini berikutan penipuan oleh peniaga yang berlaku dalam perlaksaan GST.

 

“Dan seperti yang kita tahu, GST dilaksanakan diperkenalkan dan menghapuskan SST. Dan KPDNKK dan penguatkuasa gagal memastikan peniaga menghapuskan SST.

 

“Dan sekarang apa yg berlaku barangan dijual dengan SST campur GST. So mereka tidak boleh membuat satu kerja dengan aktif, ” ujarnya lagi.

 

 

Dalam pada itu, beliau turut menyokong tindakan Ali Tinju di Kota Raya baru- baru ini kerana tindakan beliau hanya untuk mempertahankan orang Melayu dan tidak berbaur perkauman.

 

“Jadi saya sokong tindakan Ali Tinju itu . Dia tidak mengatakan mahu bakar bangunan, dia cuma kata dia akan mempertahankan itu sahaja. Dan dia memberi amaran jangan cuba membuat kacau, dan Melayu akan bangkit.”

 

Menurutnya lagi, tindakan Ali Tinju itu tidak harus diletakkan dibawah Akta Hasutan.

 

“Dia cuma nak mempertahankan maruah seorang Melayu. Dia cuba membela Melayu, Melayu yang ditipu dibela.

 

“Jadi tidak masuk akal dia ditahan dibawah Akta Hasutan,” katanya yang ditemui ketika penyerahan memorandum menuntut Claire Brown memberikan penjelasan kepada kerajaan Malaysia. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.