Mara Digital: NGO Gesa Polis Ambil Tindakan, Ustaz Sebar Fitnah

KUALA LUMPUR – Laporan polis dibuat terhadap seorang ahli persatuan Isma yang juga dikenali sebagai seorang ustaz yang didakwa melakukan sebaran fitnah ke atas Mara Digital Mall.

 

NGO Persatuan Mukabuku Pulau Pinang itu turut menggesa polis melakukan siasatan ke atas Ustaz berkenaan yang dikatakan membuat fitnah ke atas Mara Digital.

 

Setiausahanya, Muhsin Abdul Lateef berkata, ustaz yang dikenali sebagai Hazizi Ab Rahman itu dikatakan telah menulis di Facebook bahawa Mara Digital merupakan proksi kepada Low Yat.

 

“Seharusnya sebagai seorang ustaz, Hazizi lebih peka dengan setiap penulisannya.

 

“Kami mohon polis menyiasat individu berkenaan,” katanya.

 

Menurutnya lagi, dengan mengatakan Mara merupakan projek menteri yang menjual nama Mara dan keuntungan dikaut Low Yat, adalah satu fitnah.

 

“Rakyat Malaysia menyambut baik cadangan Datuk Seri Ismail Sabri dengan penubuhan Mara Digital Mall di mana usaha murni itu seharusnya diberikan pujian, bukannya tohmahan berbaur fitnah semata-mata.

 

“Kami di persatuan mukabuku gusar sekiranya fitnah ini berlaruta ia akan membantutkan penubuhan Mara Digital Mall di seluruh negeri di Malaysia,” akhirinya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.