Kelembapan China Punca Ekonomi Negara Perlahan

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka perlahan kepada 4.7 peratus tahun ini dan 2016 namun, pertumbuhan negara diunjur meningkat kepada 5.0 peratus pada tahun 2017 didorong pengukuhan eksport.

 

Deloitte menerusi  Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan itu berikutan kelembapan ekonomi China yang berterusan pada tahun depan.

 

Malaysia berdagang secara intensig dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

 

“China mewakili lebih 9.0 peratus daripada jumlah eksport negara dan ia sudah tentu memberi kesan negatif kepada ekonomi jika negara itu menunjukkan kelembapan,” kata laporan itu.

 

Kesederhanaan pertumbuhan China dan pengimbangan semula telah memberikan satu kesan negatif yang besar ke atas harga komoditi antarabangsa dengan kesan atas terma perdagangan Malaysia, eksport dan pertumbuhan sebagai pengeluar komoditi utama, katanya lapor Malaysia Gazette.

 

Laporan itu juga menyebut penggunaan swasta di negara ini dijangka menghadapi tekanan berterusan akibat kekurangan keyakinan pengguna, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pertumbuhan yang semakin menurun dalam kredit kepada isi rumah dan tanda-tanda pasaran buruh yang perlahan.

 

Imbangan akaun semasa, bagaimanapun, dijangka kekal 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015, manakala kesederhanaan berterusan dalam permintaan dalam negeri dan harga komoditi global yang akan membantu untuk menghadkan inflasi di bawah 3.0 peratus pada tahun 2015 .

 

Pelaburan dijangka mengukuh pada tahun depan dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik di negara-negara perindustrian utama dan beberapa peningkatan dalam permintaan bagi minyak dan komoditi.

 

Hutang luar negera Malaysia meningkat kepada 53.8 peratus daripada KDNK pada suku kedua 2015 daripada 51.4 peratus pada tahun sebelumnya (Jun 2014 hingga Jun 2015) dan kebanyakan hutang itu dikategorikan sebagai jangka sederhana panjang.

 

“Had hutang kerajaan dijangka kekal pada 54 peratus pada tahun 2015 dan 55 peratus pada 2016 berbanding 52.7 peratus pada tahun 2014,” katanya.

 

Sementara itu, kejatuhan nilai ringgit akan memberi kesan langsung yang terhad kepada keupayaan kerajaan untuk membayar hutang itu kerana hanya 3.0 peratus daripada hutang Kerajaan Malaysia dalam mata wang asing.

 

Ringgit melepasi ‘paras psikologi” RM3.80 berbanding dolar AS pada 6 Julai 2015 dan mencapai paras terendah dalam tempoh 17 tahun pada RM4.4725 berbanding dolar AS pada 29 Sept, 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.