Jepun Jual Kit Kat Emas

TOKYO – Di negara Sakura, Nestle menawarkan Kit Kat yang dibaluti dengan pembungkus emas kepada penggemar coklat itu.

 

Coklat Kit Kat yang dibalut dengan pembungkus emas nipis buatan tangan dari Ishikawa Prefecture, di Jepun itu hanya terhad kepada 500 pembeli sahaja.

 

Menurut Nestle, ia akan dijual mulai 29 Disember ini pada harga AS$16.

 

Pengurus Eksekutif Nestle Jepun, Alex Villela berkata, apabila seseorang memberi Kit Kat yang dibalut dengan emas, itu merupakan tanda ucapan selamat sepanjang tahun kepada mereka yang menerima.

 

Kit Kat emas itu merupakan satu lagi jenama esotik dalam rangkaian jenama coklat tersebut di Jepun sejak ia dipasarkan pada tahun 1973.

 

Hampir 30 jenis perasa dipelbagaikan termasuk keledek, teh hijau, sos soya dan wasabi, lapor Reuters.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.