Izreen, Sherry Ibrahim Terlibat Kemalangan

PELAKON terkenal, Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi tadi.

 

Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.

 

“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya.

 

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

 

Pelakon Sherry Ibrahim juga turut memuatnaik gambar kenderaan yang mereka naiki di laman Instagram miliknya.

 

Rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur kerana mereka berdua tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.

 

“Alhamdulillah, syukur nasib baik tidak jadi apa-apa,” tulis Zulayhashaaril.

 

“Teruk juga tu kereta sampai ternaik macam tu… tapi Alhamdulillah semuanya ok… kalau mengantuk berhentilah dulu dekat mana-mana stesen minyak @sherryibrahim…,” tulis ila_adila. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.