Industri Minyak, Gas Terus Malap Tahun Depan

Industri minyak dan gas dijangka malap berterusan pada tahun hadapan berikutan harga minyak mentah yang masih rendah di samping sentimen negatif pelabur yang terus menyelubungi industri.

 

Bagaimanapun, MIDF Research memandang positif terhadap industri tersebut bersandarkan kepada unjuran harga terendah minyak mentah pada 2016 adalah pada purata AS$50 (RM214.50) setong ditambah dengan projek hiliran RAPID.

 

“Kami kekal optimistik terhadap syarikat-syarikat yang terlibat dalam rangkaian nilai hiliran minyak dan gas. Tahun 2015 pastinya dikenang sebagai tahun yang dikelilingi oleh perkara negatif di dalam sektor minyak dan gas,” kata firma berkenaan di dalam nota penyelidikannya, lapor Malaysia Gazette.

 

Selain kejatuhan harga minyak mentah, industri minyak dan gas tempatan juga menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak.

 

Pada 2013, kontrak bernilai RM40.4 bilion kontrak telah diberikan kepada penyedia perkhidmatan tempatan.

 

Bagaimanapun pada 2014, apabila harga minyak menjunam sehingga separuh kedua tahun ini, keseluruhan kontrak diberikan merosot kepada hampir RM24.7 bilion manakala keseluruhan kontrak pada 2015 hanyalah sekitar RM10 bilion sehingga RM12 bilion berikutan pemotongan perbelanjaan dan modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.