Imam Nasir Tamat Larian Solo 500km

ALOR SETAR – Imam dari Kuala Kedah, Nasir Abas, 60, menamatkan misi larian solo 10 hari membabitkan jarak kira-kira 500 kilometer (km) dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darul Aman.

 

Bekas tentera yang lebih dikenali Pak Nasir itu tiba di Stadium Darul Aman kira-kira jam 5.40 petang tadi.

 

Terdahulu, sepanjang larian menuju Stadium Darul Aman, Pak Nasir diiring meriah penyokong skuad Helang Merah, sebelum ketibaannya disambut lebih 300 penyokong, termasuk EXCO Belia dan Sukan negeri, Aminuddin Omar.

 

Pak Nasir memulakan misi larian solo berkenaan sebagai menunaikan nazar selepas pasukan bola sepak Kedah mara ke final Piala Malaysia. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.